Petua Mengurangkan Simpul Biawak Ketika Hamil

Posted on Posted in Hamil & Berpantang

simpul biawak2

Pernah tak dengar pasal Simpul biawak? Simpul biawak atau sentap mengkarung merujuk kepada kekejangan pada otot kaki. Jangan ditanya sakit ke tak, hanya yang rasa saja tahu jawapannya. Dikatakan hampir 50% ibu hamil mengalami simtom ini.

Berikut adalah tips untuk ibu hamil bagi kurangkan simtom simpul biawak;

# Minum susu untuk menambah kalsium

Simpul biawak sering dikaitkan dengan kekurangan mineral seperti kalsium, magnesium dan potassium dalam tubuh. Oleh itu sangat digalakkan untuk minum susu bagi mengatasi masalah ini

# Melakukan senaman regangan otot

Pelajari kaedah senaman regangan untuk ibu hamil dan amalkannya

# Banyakkan minum air suam

Ibu hamil sangat digalakkan minum air suam sebelum tidur bagi membantu mengelakkan serangan simpul biawak ini

# Rendam kaki Dalam  Air Suam

Merendam kaki dalam air suam antara tips berkesan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simtom ini. Tambah sedikit garam dalam air tersebut untuk meningkatkan kesannya.

# Pisang

Pisang mengandungi sumber potassium yang tinggi. Pengambilan pisang yang teratur juga membantu mengelakkan  simtom simpul biawak ini daripada berlaku

# Madu

Amalkan pengambilan 1 sudu teh madu setiap hari juga sangat berkesan mengelakkan anda dari simpul biawak

 

Selamat Mencoba…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *