Amalan Bertungku Dalam Perbidanan Tradisional

Posted on Posted in Hamil & Berpantang

Bertungku merupakan salah satu amalan asas dalam berpantang tradisional. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku.

Ibu lepas bersalin boleh bertungku menggunakan tungku besi, batu sungai atau anak lesung.

tungku-besi

Tungku besi biasanya menjadi pilihan kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan.

Antaranya;

  • Bentuk seperti pin bowling – mudah dipegang, mudah untuk menekan pada kawasan perut dan ari-ari
  • Besi – cepat panas dan tempoh kepanasan yang lama
  • Tahan dan lasak – boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi

BERTUNGKU & CZER

Si Ibu masih boleh bertungku walaupun melahirkan secara “ceaser”, cuma jangan bertungku dibahagian perut dulu. Boleh jika hanya letak tungku perlahan-lahan disekitar perut. Dan pastikan luka pembedahan telah sembuh sebelum bertungku. Jangan jadikan alasan pembedahan untuk tidak bertungku ya.

FAEDAH BERTUNGKU

  • Melancarkan pengeluaran darah nifas dari rahim. Bertungku berterusan setiap hari berpantang akan membantu mengeluarkan darah meroyan iaitu darah nifas terakhir yang berwarna seakan-akan putih keperangan
  • Haba dari tungku akan menghangatkan badan yang mengalakkan peluh (keluar toksik)
  • Kepanasan tungku juga mengalak perlancaran darah seterusnya menghilangkan kekejangan
  • Amalan bertungku juga dapat mengecutkan serta peranakan (rahim) yang kembang semasa mengandung dan melahirkan anak

TEMPOH BERTUNGKU

  • Amalan bertungku dilakukan dari hari 1 hingga hari ke 44 berpantang
  • Sangat bagus jika amalan ini terus dibuat sehingga hari ke 60 berpantang
  • Dilakukan pada waktu awal pagi dan sebelah malam

PENYEDIAAN TUNGKU

  1. Panaskan tungku atas api yang perlahan selama 20 hingga 3o minit
  2. Balut tungku panas tersebut dengan kain yang telah dilapik dengan beberapa helai daun herba. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun mengkudu, lengkuas, capa, kantan atau daun sireh
  3. Kesan panas dari tungku akan meresap kedalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku
  4. Balutan kain pula janganlah terlalu tebal sehingga kepanasan tungku tidak dapat dirasai
  5. Jika sukar untuk mendapatkan dedaun herba untuk bertungku, terdapat alternatif sarung tungku berherba yang lebih mudah digunakan

TATACARA BERTUNGKU

Bertungku mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga tungku menjadi sejuk.

dsc_0591

Image: credit to http:kasihmamacintapapa.blogspot.my

Setiap bahagian perlu ditungku selama 15 hingga 20 minit. Proses bertungku mula dilakukan dengan berbaring.

Bahagian Perut:

cara-bertungku

  1. Tungku mula ditekan perlahan-lahan sambil menekannya ke dalam di pengkal paha bawah ari-ari sebelah kanan – rujuk rajah
  2. Alihkan tungku kebahagian bawah ari-ari ( bawah pusat) – rujuk rajah
  3. Seterusnya tungku pula di pengkal paha bawah ari-ari sebelah kiri – rujuk rajah
  4. Kemudian ke sisi perut sebelah kiri, – rujuk rajah
  5. Naik kebahagian atas perut (bawah buah dada) – rujuk rajah
  6. Seterusnya bertungku dibahagian sisi perut sebelah kanan – rujuk rajah
  7. Setelah itu ulang proses tungku dibahagian perut ini mengikut arah lawan jam ( sekurang-kurangnya 20 minit) – rujuk rajah
  8. Elakkan bertungku terus ditengah perut – rujuk rajah

Bahagian Belakang Pinggang:

  1. Selepas bertungku di bahagian perut, teruskan pula bertungku dibahagian belakang pinggang
  2. Letaklah tungku dibahagian pinggang kanan selama beberapa minit sebelum mengalih tungku dibahagian pinggang kiri

Bahagian Kaki:

  1. Dari bahagian pinggang, alih tungku kebahagian kaki iaitu bahagian paha, belakang lutut, perut betis, dan pergelangan kaki
  2. Akhir sekali tungkulah di tapak kaki sehingga tungku menjadi sejuk (boleh dalam posisi duduk jika si ibu bertungku sendiri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *