Mengurut Selepas Bersalin

Posted on Posted in Hamil & Berpantang

Mengurut juga merupakan amalan penting dalam pantang lepas bersalin. Ia biasa dilakukan pada waktu pagi sebelum mandi atau selepas bertungku.

Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman.

 

TEMPOH MENGURUT

Amalan urut seeloknya dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut.

Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.

Sebaiknya urutan dilakukan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam.

 

KEBAIKAN BERURUT

Mengurut lepas bersalin bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan kedudukan peranakan dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas.

minyak-urut

Minyak Urut>>

Mengurut hendaklah menggunakan minyak. Biasanya bidan akan guna minyak urut yang dibawanya.

Namun si ibu juga boleh menggunakan minyak mengikut pilihannya sendiri, yang lebih beraromaterapi.

Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran.

minyak-herba

 

Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :

Bahan-bahan:

  • Minyak kelapa, dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak.
  • 3 camca besar halba
  • 4 cm halia
  • 4 cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah

Cara Menyediakan:

Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *