Merancang Kehamilan.. Bagaimana caranya?..

Posted on Posted in Hamil & Berpantang

famili planning

Biasanya bagi ibu yang hampir bersalin atau dalam berpantang akan diberi nasihat oleh doktor atau jururawat supaya rancang kehamilan. Ini penting dalam memastikan kesihatan peranakan ibu dan juga untuk kesejahteraan keluarga…

Terdapat beberapa kaedah untuk yang boleh  dipilih merancang kehamilan, walaubagaimana terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan antara setiap kaedah ini

======================

  1. Pemakaian Kondom

kondom

Pemakaian kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kajian mendapati Jika digunakan dengan betul, pemakaian kondom oleh  lelaki adalah 98 peratus berkesan. Namun ramai yang kurang selesa ketika bersama jika menggunaakan kaedah ini. Kondom boleh didapati difarmasi atau pasaraya dengan harga yang murah.

  1. Pil Perancang

pil perancang

Kaedah mengambil pil perancang juga merupakan antara kaedah yang popular yang biasa digunakan untuk meramncang kehamilan. Pil perancang juga dikenali sebagai oral contraceptive pil (OCP) yang menggunakan hormone sintetik untuk menghalang kehamilan. Terdapat 2 jenis pil iaitu pil gabungan yang mengandungi hormone estrogen dan progesteran dan pil yang mengandungi hormone progesterone sahaja. Keberkesanan menggunakan pil perancang adalah 99%. Anda perlulah mendapatkan nasihat pakar dalam memilih jenis pil yang sesuai untuk anda.

  1. Suntikan Perancang

Bagi yang sukar untuk disiplin mengambil pil perancang bolehlah mendapatkan suntikan perancang sebagai ganti. Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan: Depo-Provera, yang berkesan selama 12 minggu

Noristerat, yang berkesan selama lapan minggu

Jika anda masih menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan masuk ke dalam badan bayi. Ini tidak akan membahayakan bayi anda.

  1. Penggunaan IUD

iud

IUD adalah sejenis alat yang diletakan dipangkal Rahim wanita untuk menghalang sperma menghampiri telur seseorang wanita.

IUD boleh digunakan selama tiga hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis yang digunakan. Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasangnya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean.

  1. Implan

implan

Kaedah implan kekal selama 3 tahun atau 5 tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi progestogen. Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda. Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.

  1. Kaedah Merancang Sendiri

Terdapat beberapa cara merancang dari hamil secara semulajadi iaitu:

  • Tidak bersama suami ketika waktu subur Jangan bersama suami ketika waktu subur. Periksa & kira dengan tepat waktu subur kita & elakkan kita & suami bersama ktika waktu tersebut.

Waktu subur adalah kitaran ovulasi berlaku di mana ia terjadi 14 hari daripada hari pertama haid wanita mengikut kitaran haid masing2.

kalendar

  • Ejakulasi di luar bertujuan untuk mengelakkan sperma & ovum disenyawakan ketika bersama. Ia dapat mengelakkan isteri daripada hamil.

breastfeed

  • Menyusu secara eksklusif. Menyusu sepenuhnye terbukti dapat menjarakkan kehamilan seterusnya. Kaedah ini akan berkesan jika tempoh selepas kelahiran adalah kurang enam bulan, ibu belum datang haid & anak diberikan susu ibu secara eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, tanyalah doktor keluarga atau pakar sakit puan. Anda juga boleh menghubungi Persatuan Kesihatan Reproduktif Kebangsaan Malaysia (03-56337514/16/28), yang akan merujuk anda kepada persatuan kesihatan reproduktif negeri di mana anda tinggal.

Selain itu, anda juga boleh berbual dengan kawan-kawan atau bertanyakan orang yang lebih berpengalaman lain mengenai perancang keluarga!..

 

Moga bermanafaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *