Nenas Batu Pengganti Jamu?

Posted on Posted in Herba & Perbidanan

Nenas batu

Pernah tak dengar pasal nenas batu?.. Ada yang konfius ingatkan nenas batu ni jenis buah nenas yang kecil dan selalu dijadikan pokok hiasan. Sebenarnya nenas batu adalah buah dari pokok pine. Buah nenas batu ni dikatakan mempunyai pelbagai khasiat terutamanya untuk wanita lepas bersalin.

Buah nenas batu ini juga dikenali dengan nama bunga kembang setahun yang diambil dari keunikannya yang tahan & tidak rosak walaupun disimpan dalam jangkamasa yang lama. Ia banyak digunakan sebagai herba perubatan oleh masyarakat timur tengah dan dikatakan ianya telah diamalkan oleh puteri-puteri Raja Mesir Kuno untuk kesihatan.

Bagi yang susah nak telan makjun atau jamu, eloklah amalkan minum air nenas batu ni sebab ianya tak mempunyai rasa tapi mempunyai khasiat macam amalkan makjun. Macam minum air kosong jer..nak sediakan pun sangat mudah.

Letakkan 1 biji buah nenas batu dalam air yang baru mendidih, kemudian biarkan selama 1 jam. Buah nenas batu yang mengembang tadi akan kuncup seperti melawan hukum fizik. Jadi mungkin itu lah jawapan  bagaimana rahim kita yang dah kembang masa mengandung boleh kucup semula dengan amalkan air rendaman buah ni.

Buah yang telah digunakan perlulah dijemur dan dibiarkan kering sehingga kembang kembali. Buah ini boleh digunakan berulang kali.

Anda boleh cuba sendiri untuk rasai kebaikan dari buah nenas batu ini. Tak perlu risau bahan larangan atau racun yang mungkin dimasukkan dalam makjun tiruan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat pakar jika masih ragu-ragu untuk mengamalkan herba ini.

 

p/s: Amalan minum air nenas batu ini adalah salah satu persediaan tradisional. Dapatkan nasinat dari yang pakar jika anda merasa tindakbalas yang negatif dengan mengamalkannya kerana setiap orang mempunyai tindakbalas yang berlainan terhadap tubuh badannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *