Tentang Kami

 

logo ai

Aura Inner Marketing merupakan pengeluar produk tradisional dan perbidanan berasaskan herba semulajadi. Memulakan perniagaan sejak 2007  secara sambilan dan beroperasi di rumah, kini menjalankan perniagaan sepenuh masa dan beroperasi di Bengkel Industri Keda Gurun.

Produk-produk yang dihasilkan adalah formulasi warisan perbidanan melayu turun temurun. Ianya hanya menggunakan sumber semulajadi tanpa bahan kimia terlarang serta sangat sesuai digunakan untuk penjagaan kesihatan semasa berpantang. Kami di Aura Inner membantu anda untuk alami kebaikan daripada warisan alam ini. 

 

Disebalik Aura Inner…

11836629_1111009215595451_1139660277998842991_n

Nama saya Siti Fazelah, pengasas Produk Bersalin Aura Inner dan ibu kepada 4 orang anak. Macam mana dapat idea keluarkan produk ni?

Masa lahir anak pertama dulu, saya tengok kurangnya produk mandian herba dalam set-set bersalin masa tu, dengan ilmu perbidanan tradisional daripada arwah nenek saya maka lahirlah produk pertama Aura Inner yang diberi nama Herba Mandian Aura.

Alhamdullilah, dengan produk sulung ini saya dapat membantu ribuan wanita untuk melengkapkan keperluan berpantang mereka ketika itu.

Dan kini Aura Inner telah mengeluarkan beberapa produk bersalin luaran yang lain seperti Herba Tangas Aura, Minyak Herba Aura, Minyak Bayi Aura, Tungku Herba Aura dan Bengkung Tradisional Aura.

InsyaAllah.. Produk Set Bersalin Luaran Aura Inner ini  dapat membantu wanita- wanita diluar sana untuk berpantang dengan lebih praktikal, mudah, selamat dan berkesan!

Bagi menghargai bakal-bakal ibu semua, saya offer diskaun untuk penjimatan anda untuk anda.

Diskaun 10%

TAIP PROMO CODE <AURA2016>

HANTAR KE 017-491 4601