Tungku Besi

tungku besi

Bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang lepas bersalin. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Bertungku dengan tungku besi dapat memberikan kebaikan kepada pengamalnya.

Kebaikan Bertungku:

  • Mengecutkan rahim setelah 9 bulan hamil
  • Memecah lemak di bahagian perut, peha dan punggung
  • Membuang angin dalam badan
  • Merangsang dan melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan rasa sengal dan lenguh-lenguh badan

Cara untuk bertungku dalam pantang;

  1. Tungku besi perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 30 – 45 minit di atas api yang kecil
  2. Balut tungku terlebih dahulu atau masukkan daun-daun herba seperti sirih, pandan atau mengkudu kedalam sarung tungku ( untuk mengelakkan sarung tungku terbakar)
  3. Proses bertungku dilakukan sambil berbaring.
  4. Tungku ditekan di sekeliling perut dalam urutan lawan arah jam ( elakkan menekan tungku ditengah-tengah perut kerana disitu terdapat peranakan)- RUJUK GAMBARAJAH
  5. Tungku juga perlu ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, lakukan ‘cungkilan’di bahagian cawan paha kiri serta kanan.
  6. Lakukan rawatan bertungku ini berulang kali selama setengah jam dan teruskan ke bahagian paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki
  7. Tamatkan bertungku dengan meletakkannya di bawah pembukaan faraj dalam posisi duduk atau kepit tungku besi di celahan paha berhampiran tundun

Tungku Untuk Cesarean;

Bagi yang bersalin secara Cesarean masih boleh bertungku. Cuma elakkan bertungku dikawasan perut dan jahitan pembedahan. Bertungkulah disekitar paha,celahan paha ,lutut ,bahagian kaki, serta tapak kaki. Lakukan juga proses berbaring atas tungku untuk bertungku belakang badan.

Bertungku di bahagian perut dilakukan hanya setelah luka jahitan benar-benar sembuh setelah habis pantang. (Pastikan luka betul-betul sembuh dahulu walapun setelah berbulan-bulan selepas pantang)

 

 Berat: 2 Kg