Panduan Memilih Set Bersalin

Mengandung dan melahirkan adalah saat-saat bahagia dan “miracle” bagi seorang ibu. Setiap wanita harus menikmati saat saat itu sebaiknya. Persiapan untuk menyambut kehadiran “si dia” perlu dibuat dengan sebaiknya. Namun bagaimana pula dengan si ibu?

Adakah persiapan untuk memulihkan kembali tubuh badan juga telah dibuat? Bagi yang pertama kali, tentunya tidak tahu atau keliru untuk memilih set berpantang bersalin yang ada dipasaran.

Berikut adalah beberapa kritera untuk memilih set bersalin yang bersesuaian:

1. Info Mengenai Produk
Dapatkan info produk bersalin yang terdapat dipasaran. Pilih jenama yang ada dipasaran, dapatkan maklumat selengkapnyamengenai setiap produk yang ada dalam jenama tersebut.

Maklumat-maklumat ini akan membantu anda dalam memilih set bersalin yang bersesuaian. Maklumat tersebut boleh didapati di dalam internet atau toko jamu/kedai ubat yang berdekatan.

2. Budget?
Terdapat pelbagai pilihan set bersalin dipasaran dengan pelbagai harga yang ditawarkan. Penetapan bajet akan dijadikan panduan untuk memilih set bersalin yang sesuai.

3. Pakej Vs Berasingan
Dalam pakej set bersalin biasanya mempunyai pelbagai produk lengkap untuk kegunaan berpantang. Namun, terdapat juga set bersalin yang boleh dibeli secara berasingan.

Ramai juga yang lebih suka membeli berasingan kerana takut membazir jika tidak menggunakan semua produk dalam pakej set tersebut.

4. Tanya Pendapat
Cuba tanya pendapat kenalan yang mempunyai pengalaman menggunakan set bersalin. Tanyakan produk apa yang dipakai? Apakah kebaikan dan keburukan produk tersebut?

5. Kesuaian Dengan Diri
Dengan maklumat dan bajet yang ditetapkan, pemilihan produk yang sesuai dengan diri sendiri dapat dilakukan. Ada yang suka set bersalin yang lebih ringkas dan mudah digunakan.

Ada pula lebih suka set bersalin yang lebih tradisional. Anda tergolong dalan kategori yang mana? Jadi tepuk dada tanya selera…

6. Waktu Yang Sesuai Membeli?
Bilakah waktu yang sesuai untuk membeli produk bersalin? Sebenarnya tiada waktu yang tepat dalam membeli atau sediakan produk bersalin.

Cuma menjadi larangan orang-orang tua untuk menyediakan persiapan menyambut kelahiran sebelum usia kandungan mencecah 7 bulan.

Tetapi elakkan membeli barangan tersebut disaat saat akhir bagi mengelakkan pelbagai kesulitan yang mungkin timbul seperti salah pilih produk atau tidak sempat membeli kerana melahirkan awal dari jangkaan.

7. Beli Di mana?
Produk set bersalin boleh didapati di toko jamu, farmasi atau kiosk-kiosk ubat di pasaraya. Untuk lebih mudah, produk tersebut juga boleh dibeli di secara online di web atau blog produk bersalin.

Kriteria di atas hanyalah sebagai panduan untuk bakal-bakal ibu bagi mendapatkan set bersalin yang terbaik dan sesuai dengan diri sendiri.

#panduanpilihsetbersalin

#aurainner

#setbersalinluaran

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *