Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh

Dalam perbidanan melayu ada banyak petua yang boleh diamalkan supaya luka bersalin cepat sembuh..
Selain makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang kita.
Antaranya:
1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3. Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), wapkan bahagian intim selama 10 hingga 15minit . Amalkan selang 2 atau 3 hari semasa berpantang.
4. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Selamat mencuba….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *