SET PENGURUSAN URI

SET PENGURUSAN URI

Kandungan

  1. Kotak
  2. Asam jawa
  3. Garam kasar
  4. Sarung tangan getah
  5. Penutup mulut
  6. Kain putih
  7. Getah
  8. Sabun
  9. Apron pakai buang
  10. Manual penggunaan

Kotak – digunakan sebagai alas uri di dalam tanah

Sarung tangan, penutup mulut dan apron – dipakai ketika proses mencuci uri bagi mengelakan tangan berbau

Kain putih dan gelang getah – digunakan untuk membungkus uri yang telah dicuci.

Garam dan Asam Jawa – digunakan untuk menghilangkan bau hanyir darah

Sabun – digunakan untuk mencuci tangan selepas selesai menanam uri

 

Manual Penggunaan

Langkah 1: Pakai apron, sarung tangan dan penutup muka

Langkah 2 : Cuci uri menggunakan asam jawa dan garam kasar sehingga hilang darah dan lendiran. Mulakan dengan Bismillah dan banyakkan bacaan selawat semasa membilas

Langkah 3 :  Bungkus uri yang telah dicuci tadi dengan kain putih. Ikat kain sehingga kemas menggunakan gelang getah

Langkah 4 : Masukan bungkusan uri ke dalam kotak. Tanam kotak ke dalam tanah dengan anggaran kedalaman 1 kaki. Pastikan lokasi uri ditanam di kawasan yang selamat.

p/s : Disyorkan supaya meletak batu keatas tanah supaya tidak dikesan binatang.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SET PENGURUSAN URI”