Sarung Tungku Besi dengan herba adalah rekaan bagi memudahkan ibu-ibu lepas bersalin bertungku secara tradisional. Diperbuat menggunakan kain cotton yang dijahit bersama herba terpilih.
Cara Penggunaan/ Instructions;
- Panaskan tungku besi selama 10-15 minit dengan api perlahan
- Masukkan daun pandan (atau lain-lain daun herba untuk mengelakkan sarung terbakar) ke dalam sarung, kemudian masukkan tungku yang telah dipanaskan tadi.
- Bertungkulah sehingga tungku menjadi sejuk
- Bagi mengekalkan kualiti herba, simpan sarung tungku didalam bekas kedap udara
Tips:
Untuk memanjangkan kepanasan tungku besi, sapu minyak masak disekitar badan tungku sebelum membakarnya.
//